Akhir sekali, kerjasama dan perhubungan diantara pelbagai agensi yang terliba dapat dipertingkatkan dari segi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan. Penglibatan ini juga sedikit sebanyak mendekatkan agensi agensi yang penting dalam masyarakat ke arah kehidupan masyarakat sentiasa berada dalam kesejahteraan optimum.
Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat melalui yang diperoleh sepanjang program ini dijalankan.
Justeru, perkara ini merupakan satu program yang baik selaras dengan konsep badan sihat minda cerdas yang dicanang oleh kerajaan. Dalam menjalankan program ini, semua ahli jawatankuasa yang telah diberikan tugas masing masing mengikut kebolehan dan kemahiran yang ada pada mereka. Sebagai langkah melicinkan pelaksanaan program, beberapa mesyuarat telah dijalankan untuk merangka aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan semasa program ini.
Hal ini kerana, walaupun program ini merupakan program tahunan sekolah yang dijalankan pada setiap tahu, nafas baru perlu disuntik ke dalam pelaksanaannya supaya ada kelainan dalam program gaya hidup sihat pada tahun ini. Hasil daripada mesyuarat program gaya hidup sihat pada tahun ini akan diadakan aktiviti seperti senamrobik, ceramah, pemeriksaan kesihatan percuma, kuiz kesihatan dan pertandingan melukis dan mewarna.
Murid-murid yang telah memasuki pertandingan akan diberi sagu hati sebagai menghargai mereka. Program agak menggalakkan kerana hampir 50 orang murid mengambil bahagian dengan penyertaan bersamaa dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 2 dalam semua pertandingan manakala kuiz diwajibkan kepada semua murid.
Dapat dilihat bahawa setiap ahli jawatankuasa tersebut telah dapat menjalankan tugasan yang diberikan dengan cemerlang sekali mengikut jawatankuasa yang disusun. Oleh yang demikian, setiap aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan kerja-kerja tersebut dengan 3. Tambahan lagi program pada kali ini dilihat lebih berjaya kerana wujudnya jaringan kerjasama antara dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Setia dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 2.
Hal ini sangat membanggakan pihak sekolah. Aturan perjalanan program dapat dijalankan tanpa ada sebarang gangguan fizikal kerana dilaksanakan di bawah kawasan yang berkemudahan iaitu dewan sekolah. Oleh itu, keadaan ini merupakan satu kelebihan kepada sekolah ini kerana boleh membuat sesuatu program dalam satu kawasan yang selesa dan kondusif.
Di samping itu, kami dapat belajar bagaimana untuk menguruskan sesuatu program sekiranya diberi mandat untuk melaksanakannya di sekolah kelak. Sekiranya disuruh untuk melaksanakan program atau aktiviti di sekolah nanti, kami tidak kekok lagi kerana mempunyai pengalaman menguruskan program di sekolah semasa praktikal lagi.
Saya melihat bahawa setiap perjalanan aktiviti yang dianjurkan adalah sanagt rapid an penuh kerjasama dari setiap orang sama ada dari segi pengeloaan dan juga penyertaan. Sebagai contoh, aktiviti senamrobik dimana saya lihat murid-murid dan guru begitu teruja dan mengambil bahagian dalam aktiviti senamrobik tersebut. Mereka seolah olah menantikan aktiviti seperti ini. Saya yakin bahawa sekiranya aktiviti ini dijadikan sebagai rutin kebiasaan keapda pihak sekoah pastinya mampu mengubah persepsi menjadi lebih positif dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain itu, Ceramah tersebut juga tidak membosankan kerana diselit dengan aktiviti-aktiviti senaman ringan oleh penceramah tersebut.
Saya yakin bahawa kekuatan utama yang ada disebalik kejayaan program kali ini adalah perancangan dan kerjasam yang padu dari setiap individu yang terlibat. Selain itu, komunikasi dan interkasi yang berkesan juga merupaka sumber kekuatan kepada kejayaan program Gaya Hidup Sihat ini. Hal ini dilihat dari segi peningkatan kerjasama dari agensi luar dalam memeriahkan lagi aktiviti pada kali ini.
Lebih ramai yang terlibat berbanding program yang sebelumnya. Lebih menggalakkan lagi adalah penyertaan 4. Sementara itu, Semasaceramah kesihatan, sesi sola jawab menjadi medium perhungan antara penceramah dengan penonton. Pelbagai soalan yang membuka minda telah memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai info kesihatan. Murid murid dapat dipupuk dengan keberanian untuk berkomunikasi dengan penceramah. Pelbagai soalan yang diajukan dijawab dengan begitu baik oleh pihak penceramah.
Antaranya ialah pengurusan masa. Dapat dilihat bahawa permulaan program adalah sesuatu yang kritikal untuk diambil mudah. Kelewatan memulakakn sesuatu majlis boleh menjejaskan atucara sepanjang program..
Ada beberapa pertandingan yang terpaksa dipendekkan masa untuk memberi laluan kepada majlis penutup. Bagi memastikan persekitaran fizikal sekolah yang sempurna beberapa perkara. Petunjuk-petunjuk yang diambil kira ialah:. Persekitaran Sosial Sekolah. Persekitaran sosial yang sihat dan selamat ialah persekitaran yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi segala cabaran sama ada cabaran mental atau fizikal.
Persekitaran sosial sekolah yang baik berupaya menyediakan beberapa perkara iaitu:. Persekitaran sosial yang sihat dan selamat boleh membantu membentuk pelajaryang seimbang dari kesihatan mental dan fizikal.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu berupaya:. Pemantauan dan Penilaian Indikator-indikator:. Penglibatan Komuniti. Penglibatan komuniti adalah suatu bentuk kerjasama di antara warga sekolah,ibu bapa serta masyarakat yang menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah. Penglibatan tersebut berfungsi seperti berikut:. Untuk mencapai matlamat PBSS, beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk.
Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja Aktiviti meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti dan warga sekolah tentang bahaya, cara pencegahan dan kawalan AIDS di samping menanam sikap positif dan prihatin gejala sosial terutama gejala seks bebas dan penagihan dadah. Aktiviti meningkatkan kefahaman, kesedaran dan kemahiran dalam mencegah dan mengawal demam denggi yang melibatkan warga sekolah dan komuniti.
Aktiviti promosi anti merokok dan penguatkuasaan di sekolah sebagai kawasan larangan merokok melibatkan warga sekolah dan komuniti. Mengadakan aktiviti-aktiviti kempen cara hidup sihat mengikut tema tahunan.
Merancang, melaksana dan mengawasi penyediaan, pemprosesan, hidangan, dan penjualan makanan sihat di kantin sekolah oleh warga sekolah dan komuniti. Mempertingkatkan dan mempromosi kebersihan dan keceriaan sekolah. Melaksanakan Program Sijil Lencana Anti-Dadah, aktiviti peningkatan kesedaran pelajar akan bahaya penyalahgunaan dadah serta langkahpencegahan dan pengawalan.
Melibatkan warga sekolah dan komuniti dalam aktiviti mempertingkatkan keselamatan murid. Melaksanakan program rekreasi bersama komuniti dan warga sekolah.
Melibatkan diri secara aktif dalam penerapan nilai agama, moral dan kerohanian. Penglibatan komuniti dan warga sekolah dalam aktiviti kekeluargaan. Kemahiran Kesihatan Diri. Merupakan suatu usaha untuk membentuk sikap yang positif ke arah amalan cara hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.
Kemahiran tersebut penting bagi mengadakan pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal dalam mengendalikan kesihatan fizikal, mental, rohani dan sosial, serta alam sekeliling ke arah amalan cara hidup yang sihat.
Beberapa aktiviti Kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan, samada melalui. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah. Kesihatan Fizikal. Kesihatan Mental dan Sosial. Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan mengenai perkembangan mental dan sosial yang normal.
Murid perlu diberi kemahiran untuk menangani masalahberkaitan dengan rakan sebaya dan keluarga. Guru hendaklah didedahkan kepada cara-cara mengenal pasti masalah kesihatan mental dan sosial dalam kalangan murid. Sekolah perlu menyediakan perkhidmatan bimbingan dankaunseling kepada warga sekolah.
Kajian semula Kurikulum Sekolah yang formal. Skor tingkah laku berkala. Laporan untuk setiap projek. Senarai semak setiap penyeliaan berkala yang dijalankan. Laporan Tahunan oleh:. Jawatankuasa Kesihatan Sekolah. Kelab Kesihatan Sekolah. Biro Kesihatan. Senarai semak bagi pemeriksaan fizikal dan persekitaran sekolah.
Skor pemeriksaan kesihatan diri. Hadiah dan penghargaan bagi setiap aktiviti promosi kesihatan di sekolah iaitu pertandingan kesihatan, kuiz kesihatan dan pameran kesihatan. Skor tingkah laku selepas kaunseling. Post a Comment. Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook. Social Profiles.
Jom like page CM tanda sokongan! Blogger templates widget. Popular Tags Blog Archives. Talam Dua Muka. Kalau tengok tajuk blog pun dah tau apa CM nak cerita kan Baik la anak2, mari belajar Bahasa Melayu. Talam Dua Muka membawa maksud: Contoh Kertas Kerja Program Sekolah.
0コメント